AdvetorialKongsi

Yuna Dilantik Sebagai Wajah Rasmi Aplikasi Perniagaan Atas Talian Tempatan myIOU

Sebuah syarikat fintech dan kewangan digital, IOUpay mengumumkan kerjasama dengan penyanyi dan komposer antarabangsa Yuna sebagai wajah rasmi aplikasi perniagaan atas talian tempatan myIOU.

Yuna berkata, dia bersetuju untuk menjadi wajah rasmi kepada aplikasi berkenaan kerana mahu menyokong perniagaan anak tempatan dan sudah lama berhasrat mahu memainkan peranan yang lebih besar.

“Saya mahu lihat lebih banyak perniagaan anak tempatan mengambil peluang keemasan ini turut serta menggunakan kemudahan perniagaan atas talian melalui myIOU.

“Ini akan dapat membantu lebih banyak usahawan-usahawan untuk terus berkembang dalam menjana pendapat semasa dan selepas musim pandemik ini,” jelasnya.

myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later) sesuai dan mudah untuk para peniaga dan usahawan atas talian dengan adanya pilihan pembayaran fleksibel yang pasti akan menarik ramai pelanggan dan pengguna.

Yuna berkata kerjasama dengan myIOU ini sememangnya masa yang sangat tepat kerana dia sedang mencari peluang untuk membantu para usahawan demi kelangsungan perniagaan mereka.

Ujarnya, dengan adanya perkhidmatan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (Buy Now Pay Later/ BNPL) yang ditawarkan oleh pihak myIOU, ia akan pasti dapat membantu bukan sahaja para peniaga malah para pelanggan.

“Saya bersama-sama pihak myIOU berharap dapat menarik seberapa ramai orang di luar sana untuk mengambil peluang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak myIOU.

Melalui kerjasama ini, Yuna akan mewakili myIOU dalam kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti promosi secara atas dan bawah talian melalui pelbagai jenis media. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button