
Seorang pendakwah popular akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.
Menerusi satu sumber, polis telah memanggil pendakwah berusia dalam lingkungan 30-an itu untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak,” katanya.
Jelas sumber itu lagi, siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
8
+1
+1
1