Cerita ArtisHiburan

Remy Ishak Umum Bakal Bernikah Bersama Wanita Pilihan Hatinya Pada 21 Ogos Ini

Pelakon popular Remy Ishak mengesahkan bahawa dirinya bakal bernikah dengan wanita pilihan hatinya pada 21 Ogos ini.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Remy menerusi rancangan Gempak TV yang berlangsung sebentar tadi.

“InsyaAllah atas persetujuan kedua dua belah pihak, kami akan bernikah pada 21 Ogos 2021 ini di Kuala Lumpur.

“Jika mengikut perancangan kami sepatutnya bernikah pada Mei lalu bersempena dengan bulan Syawal, tetapi disebabkan PKP, ia terpaksa ditunda,” jelasnya.

Ujarnya, setelah perbincangan dilakukan, dia dan bakal isterinya itu telah sepakat meneruskan hasrat untuk bernikah pada Sabtu ini setelah mendapat restu daripada pihak kedua keluarga sekaligus tidak mahu menangguhkan lagi impian mulia ini.

Jelasnya, majlis pernikahan yang dijadualkan itu akan dilaksanakan mengikut protokol dan SOP kesihatan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Perancangan kami memang mahu adakan majlis secara terbuka, ada keluarga, tetamu. Tapi apabila pihak berwajib telah menetapkan syarat hanya beberapa orang sahaja boleh berada dalam majlis, kami akur biarpun ia dilaksanakan secara sederhana,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button