Cerita ArtisHiburan

Akui Pernah Cuba Mengenali Beberapa Wanita Selepas Putus Tunang, Akhirnya Remy Ishak Pilih Ezza Yusof Sebagai Isteri

Pelakon popular Remy Ishak mengakui pernah cuba mengenali beberapa wanita sejak putus tunang dengan Ezza Yusof pada tahun 2019.

Remy berkata, setelah segala pertimbangan dibuat, akhirnya dia tetap memilih Ezza sebagai isterinya yang akan dinikahi pada hari esok (21 Ogos).

“Sebelum ini saya sering berkata pada diri sendiri yang saya memerlukan seorang wanita yang memahami dan mengenali diri saya.

“Bukan hanya sekadar mengenali saya sebagai Remy Ishak, tetapi tapi Zalimie Ishak. Sepanjang mengenalinya (Ezza) selama lapan tahun, sudah tentu ada pahit manis serta pelbagai perkara berlaku dalam hubungan kami,” jelasnya.

Remy berkata demikian semasa sesi sidang media secara virtual bersama wartawan yang berlangsung pada pagi tadi.

Jelasnya, sepanjang lapan tahun dia mengenali Ezza, dia melihat calon isterinya itu adalah seorang wanita yang sangat setia sama ada dalam keadaan susah atau senang.

“Saya boleh nyatakan yang Ezza adalah seorang wanita yang setia, sentiasa ada di sisi saya ketika waktu jatuh dan bangun serta suka dan duka.

“Boleh dikatakan sepanjang tempoh lapan tahun berkenalan, kami kini sudah sama-sama saling kenal dan semakin memahami terutama sekali mengenai kerjaya saya sebagai pelakon dan yang membuat saya yakin dia adalah wanita yang sesuai,” katanya.

Jelas Remy, selepas bergelar seorang suami dia akan meneruskan kariernya sebagai seorang seorang pelakon seperti biasa dan tidak akan meninggalkan dunia lakonan.

Sebelum ini, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada tahun 2017, tetapi mengambil keputusan untuk dua tahun kemudian.

Setelah dua tahun putus tunang, akhirnya pasangan tersebut akan mendirikan rumah tangga esok setelah tertangguh beberapa kali akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button