Cerita ArtisHiburan

“Saya Tak Tahu Apa Nak Buat…” – Sherie Merlis Merayu Mohon Bantuan Agar Adiknya Positif Covid-19 Dapat Dikuarantin Segera

Pelakon popular Sherie Merlis merayu kepada mana-mana pihak agar dapat membantu adiknya yang positif Covid-19 dapat dikuarantin segera.

Sherie berkata, buat masa ini adiknya sudah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar mereka datang untuk melakukan ujian swab terhadap mereka sekeluarga.

“Tiga hari lepas adik saya demam dan dia pergi klinik kerajaan dan minta check dan swab test. Kemudian dia dapat check dan disahkan positif Covid-19. Yang peliknya dorang suruh balik rumah dan saya pula ada kat rumah dia sekarang sebab tak dapat balik rumah kerana tersekat bersama dua orang anak saya umur 9 dan 7 tahun.

“Kat rumah ni juga ada ibu bapa saya. Bapa saya sakit jantung dan baru keluar hospital, mak saya pula alzhemeir tahap advance. Bila adik saya balik dałam keadaan positif Covid-19, anak dia sendiri ada empat orang yang berusia 7, 6, 4 tahun dan 10 bulan. KKM call tanya keadaan dan janji akan datang secepat mungkin untuk swab test kami semua dalam rumah takut kami pun berjangkit,” jelasnya.

Sherie berkata, keesokannya pihak KKM tidak datang dan hubungi serta beritahu dia sekeluarga kena tunggu sampai hari Isnin.

“Lepas tu bila kena tunggu, saya dah risau dan suruh call lagi KKM untuk apa yang patut dibuat dengan ramai budak dan warga emas yang kurang sihat.

“Kemudian pagi tadi suami dia demam panaș dan salah seorang anak dia umur empat tahun sakit tekak. Tinggal saya sorang je yang sihat untuk jaga semua yang ada dalam rumah ni,” luahnya.

Sehubungan itu, pelakon berkenaan meminta tolong pada sesiapa yang tahu jika ada pihak yang boleh mengambil adiknya serta anak berusia 10 bulan untuk dikuarantinkan.

Jelasnya, dalam keadaan sekarang ini dia sendiri tidak tahu hendak berbuat apa-apa dan adiknya juga bersetuju untuk dikuarantin.

“Selain KKM tempat mana lagi yang boleh tolong kuarantinkan adik saya dan baby dia sebab masih menyusu. Tolonglah siapa yang tengok video ni. Saya tak tahu nak buat apa. Saya tak tahu apa nak buat dalam rumah ni.

“Kalau saya yang sakit, siapa nak jaga budak-budak ni semua. Ada enam orang budak dan ibu bapa saya. Minta tolong siapa-siapa bagitau apa yang patut saya buat selain kuaratinkan adik saya kat bilik ni. Suami dia pula kalau positif nak letak kuarantin kat mana.

“Saya cuba buat yang terbaik untuk semua. Sampai bila saya tak tahu. Ada siapa yang tahu dengan siapa saya boleh rujuk perkara ni untuk ambil adik saya dan kuarantin dia. Adik saya bersetuju untuk dikuarantinkan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button