Cerita ArtisHiburan

“Allah Lebih Menyayangi Umi…” – Syamel Kehilangan Insan Tercinta Setelah Ibunya Meninggal Dunia

Penyanyi popular Syamel berdepan ujian apabila ibunya, Wan Faaizah Karim telah disahkan meninggal dunia pada pukul 10.09 malam tadi.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Assalamualaikum… Allah lebih menyayangi umi. Umi saya Wan Faaizah Binti Karim telah kembali menghadap pencipta pada pukul 10.09 pm tadi.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis serta peminat turut bersimpati dan memberi ucapan takziah kepada penyanyi berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa arwah ibu Syamel telah dimasukkan ke hospital, namun menafikan ibunya dijangkiti Covid-19. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button