Cerita ArtisHiburan

Zoey Rahman, Zarina Anjoulie Turun Padang Beri Sumbangan Kepada Golongan Riders

Baru-baru ini, Mikaseries Peduli yang merupakan program kemasyarakatan anjuran produk jenama Mikaseries telah menjalinkan kerjasama dengan BIG MOUTH dan McDonalds Mutiara Damansara tampil menghulurkan sumbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Mikaseries, Zoey Rahman berkata, untuk kali ini Mikaseries Peduli lebih fokus kepada sumbangan petrol, makanan dan barangan keperluan kepada penghantar makanan dan barang seperti Foodpanda, Lalamove, Grabfood dan lain-lain lagi.

“Sebelum ini banyak sumbangan diberikan kepada golongan ibu tunggal dan lain lain yang berbentuk barang keperluan harian.

“Jadi, kami mengambil inisiatif lain untuk mendekati golongan frontliner yang banyak membantu masyarakat menghantar keperluan makanan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Selain itu, Zoey berkata apa yang lebih menarik apabila pelakon popular Zarina Anjoulie turut sama-sama turun padang dan memberi sumbangan peribadi.

“Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan ramai pihak dan untuk yang pertama kali ini kami mendapat kerjasama BIG MOUTH, MC Donald’s Mutiara Damansara dan Petronas cawangan Taman Segar.

“Selain itu, saya turut berterima kasih kepada anju kerana sudi utk turun padang dan memberi sumbangan peribadai beliau kepada riders,” jelasnya.

Menurut Zoey, selepas ini terdapat beberapa pihak lagi yang akan turut serta dan bekerjesama dengan Mikaseries Peduli untuk program kebajikan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button