Cerita ArtisHiburan

Gambar Telah Disalahgunakan Untuk Tujuan Iklan Kasino Online, Izzue Islam Buat Laporan Polis

Pelakon popular menafikan sekeras-kerasnya bahawa dirinya terbabit denhan iklan kasino online seperti yang telah dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, dia sendiri tidak pernah terjebak dengan iklan-iklan sebegitu.

“Aku tak pernah terjebak dengan iklan kasino online! Tolong jangan buat orang konpius.

“Terima kasih pada semua yang dm, kalau korang tak dm aku pon taktahu pasal hal ni,” luahnya.

Sehubungan itu, pelakon berkenaan telah membuat satu laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Done report,” tulisnya ringkas sambil memegang laporan polis yang dibuat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button