Cerita ArtisHiburan

Remy Ishak & Isteri Terima Hadiah Perkahwinan Istimewa Daripada Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong

Pelakon popular Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof mendapat kejutan yang cukup istimewa daripada pihak Istana Negara sempena perkahwinan mereka.

Apa yang mengejutkan adalah kiriman hadiah yang berwarna kuning itu adalah kiriman Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pelakon berkenaan telah berkongsi saat-saat istimewa berkenaan menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas anugerah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku,” tulisnya pada caption di video berkenaan.

Sebelum ini, Remy telah selamat bergelar seorang suami kepada Ezza dalam satu acara pernikahan yang berlangsung pada Sabtu lalu. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button