AntarabangsaBollywood

Mendapat Jolokan Simbol Seks, Bipasha Basu Dikatakan Ketagih Lakonkan Adegan Panas Dalam Filem

Dalam kebanyakan pelakon wanita Bollywood, Bipasha Basu dilihat antara bintang yang cukup berani tampil dengan adegan panas sehingga mendapat jolokan simbol seks.

Antara lakonannya yang paling diingati pastinya adalah menerusi filem Raaz, di mana menampilkannya beraksi intim bersama Dino Morea.

Sejak itu, pelakon yang berusa 42 tahun itu dikatakan mula menjadi ketagih dan akan melakukan adegan panas dalam filem-filem seterusnya.

Meskipun begitu, Bipasha akui pada mulanya memang ada timbul perasaan malu dan kurang selalu apabila diminta melakukan adegan sedemikian.

“Pada awalnya saya ingin membatalkan sahaja dan memang timbul perasaan takut. Apatah lagi, ia akan ditonton oleh ramai orang dan apa pula yang akan mereka fikirikan.

“Bagaimanapun, lama-kelamaan saya mula menyukainya ia (melakukan adegan panas) adalah sesuatu yang menyenangkan, sering dengan perubahan waktu,” ujarnya.

Ujar pelakon itu lagi, sebelum melakonkan adegan-adegan panas bersama pasangan pelakon, dia akan mula mencari keserasian terlebih dahulu.

“Saya dan pasangan pelakon ada cara untuk menyesuaikan keadaan. Selalunya saya akan bergurau, ketawa serta kelihatan seperti orang mabuk sebelum melakukan adegan panas di hadapan kamera,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button