Cerita ArtisHiburan

Sheila Rusly Berang Dengan Tuduhan Mahu Janna Nick Jadi Menantu, Jinggo Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Baru sahaja menerima menantu beberapa hari lalu, ternyata sudah ada perkara yang telah membuatkan pelakon dan penerbit Sheila Rusly berang.

Ia berhubung dengan satu page akaun Facebook yang mendakwa Sheila sebenarnya mahukan Janna Nick sebagai menantunya, namun telah ditolak pelakon tersebut.

Berang dengan tuduhan tersebut, Sheila telah mengajak pihak yang membuat tohmahan tersebut supaya bersemuka dengannya.

“Jangan sampai saya ambik tindakan undang-undang. Diam saya tak bemakna kami kalah. Kepada mereka yang mencanang fitnah, sila tunjukkan bukti. Saya sanggup berdepan,” katanya.

Dalam pada itu, suami Sheila yang juga seorang pengarah, Jinggo pula menyatakan yang dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.

Tegasnya, kenyataan yang dibuat pihak tersebut adalah fitnah serta telah mengguris hati menantu, keluarganya dan keluarganya.

“Saman saya secara automatik akan gugur kalau pihak tersebut tunjukkan bukti dan sumber yang membenarkan kenyataan tersebut. Teringin rasanya melihat wajah awak di mahkamah nanti,” katanya.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair Haqimy sah bergelar suami isteri majlis pernikahan yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada 21 Ogos lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button