Cerita ArtisHiburan

Jualan Koleksi Merdeka Tudung Fazura Sold Out, Berjaya Dijual Sehingga 80,000 Helai Dalam Sehari

Jualan koleksi Merdeka Tudung Fazura yang baharu sahaja dilancarkan telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.

Dalam satu posting yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @tudungfazura, kesemua koleksi tudung berkenaan udah pun habis dijual.

“Assalamualaikum… Syukur alhamdulillah, kesemua koleksi Merdeka Tudung Fazura telah pun habis dijual.

“Dengan rendah hati kami ingin mengucapkan ribuan Terima kasih buat anda semua yang kami kasihi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazura turut memuat naik beberapa posting di Insta Story miliknya yang memaklumkan tentang sambutan hangat penjualan tudung yang baru dilancarkannya itu.

Menerusi salah satu posting di Insta Story yang direpost oleh pelakon berkenaan, koleksi tudungnya itu mencipta rekod apabila terjual sehingga 80,000 helai dalam tempoh sehari.

Selain itu, tudung berkenaan juga berjaya dijual sebanyak 8,000 helai dalam tempoh kurang sejam selepas ia dilancarakan. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Kredit Foto: Instagram @missfazura

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button