Cerita ArtisHiburan

“Ampunkan Dosa-Dosa I Sekiranya Pernah Terkasar Kata” – Aishah Mohon Doakan Kesihatannya & Harap Tidak ‘Ditidurkan’

Penyanyi popular Aishah memohon kepada semua supaya mendoakan kesihatannya selepas kadar oksigennya turun sehingga tahap 88 setelah dijangkiti Covid-19.

Berdasarkan perkongsian di Instagram, Aishah menyatakan kadar oksigennya pada pagi tadi ialah tahap 98 dan petugas kesihatan cuba membuka sokongan oksigen yang diberikan kepadanya.

“Ya Allah mental tak kuat harini, bila melihat patient depan I dibawak naik untuk ‘diintubate’ (‘ditidurkan’). Pagi tadi O2 level I 98, mereka cuba nak buka O2 tapi bila ke tandas dan balik ke katil O2 level terus turun mendadak ke 88, terpaksa pakai O2 semula baru naik semula ke 95,” ujarnya.

Pada masa sama, penyanyi berkenaan juga memohon doa supaya dia tidak ditidurkan dan takut sekiranya keadaan itu berlaku terhadap dirinya.

“Ya Allah teman-teman tolong doakan I tak sampai kesitu kena intubate, I takut, I masih banyak tanggungjawap pada family yang belum selesai, anak-anak I banyak lagi hal yang tak selesai.

“Sangat mengharapkan doa kawan-kawan. Ampunkan dosa-dosa I sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” luahnya.

Sebelum ini, Aishah memaklumkan bahawa dirinya telah disahkan positif Covid-19 selepas mengalami demam panas dan semput.

Tidak lama kemudia, Aishah telah dikejarkan Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat sesak nafas. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button