HiburanSelebriti

Empat Bulan Tak Period, Dato Seri Vida Sangka Berada Di Fasa Pra Menopause… Akhirnya Masih Boleh Melahirkan Zuriat Selepas Periksa Kesuburan

Usahawan terkenal, Dato Seri Vida atau DSV memaklumkan sebelum ini dia sudah empat bulan tidak datang period sehingga menyangka di kini berada di fasa pra menopause.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh usahawan sensasi berkenaan menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.

“Baru-baru ini tular kisah saya dan Iqbal di media sosial. Rata-rata netizen memberi pendapat dan tanggapan sendiri terhadap saya.

“Pelbagai persoalan yang timbul dan ada yang turut mendoakan saya. Yang paling penting adalah kesihatan dalaman dan luaran tahap kesuburan,” jelasnya.

DSV berkata, empat bulan yang lalu dia tidak period dan menyatakan pada usia 50-an adalah memang fasa untuk menopause.

Bagaimapun, jelasnya lagi dia tidak pernah berputus asa dan mengambil pamoga setiap bulan, meskipun menyangka dirinya berada di fasa pra menopause.

“Alhamdulillah, berkat amalan Pamoga haid saya teratur semula dan normal macam keguguran. Nak lebih yakin saya buat check up kesuburan ambil darah dan sebagainya.

“Alhamdullah dalaman saya baik dan boleh melahirkan zuriat lagi. Jadi, apa saya nak sampaikan adalah usia/cepat/lambat bukan penghalang untuk kita mendapat zuriat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button