Cerita ArtisHiburan

Setelah Dibebaskan Akibat Kes Cabul Kanak-Kanak & Rasuah, Saipul Jamil Akan Rakam Lagu Sanggupkah Kau Setia Yang Dihasilkan Dalam Penjara

Setelah dibebaskan dari penjara beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi dangdut popular, Saipul Jamil sudah mempunyai beberapa perancangan.

Selain merancang untuk berenang di pantai setelah lima tahun mandi menggunakan air penjara, bekas suami kepada penyanyi Dewi Perssik itu mahu merakamkan sebuah lagu baharu.

“Saya akan menghasilkan sebuah single berjudul Sanggupkan Kau Setia yang dihasilkan ketika berada dalam penjara.

“Ia adalah lagu buat mereka yang masih setia menantikan saya. Pada mulanya lagu ini dirakam dalam penjara, namun ia tidak dapat dilakukan kerana pandemik Covid-19,” ujarnya.

Pada tahun 2016, bekas juri kepada pertandingan realiti dangdut D’Academy itu dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun kerana kes cabul seorang kanak-kanak.

Kemudian hukuman penjara terhadapnya ditambah sehingga menjadi lapan tahun setelah didapati cuma merasuah seorang hakim.

Saipul sepatutnya akan dibebaskan pada tahun 2024, namun pembebasannya dibuat lebih awal setelah berkelakuan baik semasa dalam penjara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button