Cerita ArtisHiburan

Setelah Melalui Pengembaraan Yang Jauh, Caprice Maklumkan Esok Dia Akan Pulang Ke Malaysia

Setelah berkelana lebih dua bulan di luar negara untuk misi kemanusiaan, penyanyi popular Caprice akhirnya akan kembali pulang ke Malaysia esok.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi saluran Telegeram miliknya iaitu MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram.

“Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok.

“Saya minta maaf atas kelewatan itu, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian-bahagian tertentu dalam misi saya,” jelasnya.

Caprice berkata, sebaik sahaja tiba di Malaysia, dia akan menjalani kuarantin selama 10 hari dan selepas itu dia akan menguruskan penghantaran setiap tempahan barangan seperti hoodies, tasbih dan buah tangan yang dikirim oleh peminat-peminatnya mulai 18 September ini.

“Bagaimanapun, hoodies Koyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, tetapi malangnya saya sekarang mengendalikannya sendiri (kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya.

“Saya memohon maaf atas kelewatan ini dan saya telah terlalu lama meninggalkan perniagaan saya dan saya sangat kesal dengan perkara ini,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 4 Julai lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab dan faktor keselamatan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button