Cerita ArtisHiburan

Sangka Dirinya Berada Dalam Keadaan Sihat, Ari Lasso Dedahkan Dirinya Alami Tumor Di Limpa

Penyanyi Ari Lasso dikhabarkan telah menjalani satu pembedahan setelah mengidap penyakit yang tidak didedahkan pada bulan lalu.

Bagaimanapun, penyanyi itu baru-baru ini telah mengakui bahawa dia telah mendapat tumor atau ketumbuhan di limpa sehingga perlu menjalani pembedahan segera.

Ujar penyanyi itu, sebelum menjalani pembedahan, bekas vokalis kumpulan Dewa 19 itu menyatakan pada mulanya tubuhnya seperti masuk angin.

Kemudian lama-kelamaan dia melalui kesakitan apabila perutnya seperti ditusuk sehingga penggambaran muzik video lagunya iaitu Malaikat Itu Nyata terpaksa dibatalkan.

Sehubungan itu, penyanyi berkenaan terus membuat pemeriksaan di hospital dan selepas itu dia lantas membuat ujian X-Ray untuk mengetahui punca penyakitnya.

“Setelah selesai menjalani ujian X-Ray, doktor menyatakan ada tumor atau sel yang tumbuh di luar kebiasaan pada bahagian limpa,” ujarnya.

Menurut Ari, dia sendiri tidak pernah membayangkan akan mengalami penyakit tersebut seumur hidupnya dan menyangkakan keadaannya selama ini adalah sihat.

Ujarnya, pembedahan telah dilakukan pada 20 Ogos lalu dan bersyukur kerana ia berjalan dengan lancar dan buat masa ini dia masih lagi menjalani rawatan susulan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button