FesyenGaya Hidup

Himaya Perkenalkan Warna Baharu Pelitup Muka, Tampilkan Rozita Che Wan Sebagai Duta

Setelah menampilkan beberapa orang artis, kini tiba giliran pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta telah dilantik sebagai duta produk pelitup muka jenama Himaya dengan menampilkan warna terbaharu iaitu merah ‘Blush Rose’.

Che Ta berkata, dia bersetuju untuk menjadi duta setelah menyedari tentang kepentingan memakai pelitup muka yang kini sudah menjadi kewajiban kepada masyarakat bagimemutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti.

“Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak sayakerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka,” ujarnya.

Bergelar duta selama enam bulan, Che Ta menyatakan sekarang ini pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori, kena ‘matching’ dengan warna baju.

Warna baru pelitup muka ini adalah pilihannya sendiri kerana warnanya yang lembut senang disesuaikan dengan semua warna baju.

“Himaya bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple serta tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan.

“Malah, saya juga ada semua warna pelitup muka Himaya. Lagipun pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung,” katanya.

Pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali.

Sementara itu, sempena pelancaran warna baru, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA memandangkan setiap tahun bulan Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan Kempen ‘Pink Ribbon’.

Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanserpayudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal.

Justeru, bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021.

Setiap pembelian Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbang ke tabung MAKNA. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button