HiburanSelebriti

Bakal Berkahwin Dengan Dato Seri Vida, Iqbal Kini Dalam Proses Memujuk Hati Mak Jah & Cik B

Ketika ini ramai yang sudah sedia maklum mengenai hubungan yang terjalin Dato Seri Vida atau DSV dengan bekas pembantu peribadinya (PA), Ahmad Iqbal Żulkefli.

Merancang untuk mendirikan rumah tangga Disember ini, Iqbal memberitahu buat masa ini masih belum ada lagi tarikh untuk pernikahan mereka.

“Secara kasarnya memang bulan Disember, tetapi kami tidak berani lagi untuk umumkan secara tepat. Kalau tak ada aral melintang ia akan dilangsungkan pada bulan tersebut.

“Mengenai persiapan juga masih lagi dalam perbincangan kedua-dua pihak, malah ketika ini saya masih dalam proses untuk memujuk hati kakak Dato Seri Vida iaitu Mak Jah dan anaknya Cik B,” jelasnya ketika dihubungi KopiPlanet.

Iqbal berkata, buat masa ini keadaan semuanya nampak baik, namun masih belum ada jawapan yang kukuh terutama sekali daripada Mak Jah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai impian untuk majlis perkahwinannya nanti, Iqbal yang juga bergelar seorang usahawan itu mahu majlisnya itu nanti dihadiri ramai tetamu.

“Kalau boleh memang saya nak ramai yang datang ke majlis kami nanti dan itu merupakan antara punca perkahwinan kami tertangguh berdasarkan situasi semasa.

“Mengenai tema majlis pula saya lebih impikan sebuah acara yang menampilkan ciri-ciri Islamik dan akan terus diingati ramai selama bertahun-tahun,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button