Cerita ArtisHiburan

Ada Isu Dengan Caprice, Sharnaaz Ahmad Minta Maaf & Mahu Selesai Secara Elok… Akui Gurauannya Agak Keterlaluan

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad akan menyelesaikan isu antara dia dan Caprice secara elok setelah timbul isu antara mereka berdua.

Dalam satu video di Insta Story, Sharnaaz mengakui gurauannya terhadap penyanyi berkenaan agak keterlaluan dan memohon maaf kepadanya.

“Untuk kita pendekkan dari pagi semua pun tau aku ada isu sedikit bersama dengan Caprice. InsyaAllah aku dengan Caprice akan selesaikan ni secara elok di belakang.

“On aku punya personal side gurauan aku daripada awal, daripada dia di Jordan sampailah sekarang aku rasa mungkin agak keterlaluan. Aku as orang yang lebih matang, aku say appology untuk dia,” jelasnya.

Sebelum ini, isu antara kedua artis berkenaan timbul apabila terdapat satu video yang menunjukkan Sharnaaz telah meniru gaya percakapan Caprice.

Bagaimanapun, perbuatan berkenaan nyata kurang disenangi oleh Caprice sehingga memanggil Sharnaaz dengan panggilan sotong.

Sementara itu, Caprice menerusi menerusi posting di Instagram miliknya menyatakan dia telah menerima permohonan maaf berkenaan.

“Welcome to Damansara @sharnaazahmad pihak kita terima permohon maaf tersebut dan Caprice pon kalau lebih-lebih tadi apologize sebab kita pon tak lunch lagi.. lapar…

“InsyaAllah selepas quarantine caprice akan sampai @cilikampunghartamas dan minum sama2. Sincerely, the Tiger of AlQuds,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button