Cerita ArtisHiburan

Zarina Anjoulie Didakwa Atas Kes Dadah, Tampil Di Mahkamah Dengan Bertudung & Berjubah

Pelakon popular, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine pada Jun lalu.

Zarina atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mengikut pertuduhan, Zarina yang hadir ke mahkamah memakai hijab dan jubah bewarna merah jambu didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis tersebut.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sebelum itu, mahkamah membenarkan Zarina yang diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar diikat jamin sebanyak RM2,000.

Kes akan disebut semula 24 September depan.

Pada 29 Jun lalu, media melaporkan seorang selebriti tanah air ditahan selepas didapati positif dadah jenis Methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai di sini.

Suspek seorang wanita berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada pukul 9.15 malam. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Zarina Anjoulie

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button