HiburanSelebriti

“Saya Tabah Menelan Fitnah, Namun Jangan Sesekali Tambahkan Api Pada Dia” – Iqbal Mahu Semua Pihak Beri Semangat Pada Cik B

Bakal suami kepada Dato Seri Vida atau DSV, Iqbal Zulkefli meluahkan dia tidak kisah sekiranya ada yang tidak bersetuju dia mereka mendirikan rumah tangga.

Dalam satu posting di Insta Story, Iqbal juga menyatakan supaya semua pihak agar memberi semangat kepada Cik B dan tidak cuba menambah api kepadanya.

“Kepada semua yang menyayangi Cik B, tidak kisah jika kalian berpendapat tidak bersetuju untuk saya dengan Dato Seri Vida berkahwin. Saya tabah menelan fitnah, namun jangan sesekali tambahkan api pada dia.

“Kasihani emosi dia, seharusnya kalian memberikan semangat kepada dia. Saya sedaya upaya lakukan terbaik untuk semua. Baik Cik B, Dato Seri Vida dan Kacak,” ujarnya.

Sebelum ini, Cik B menerusi satu program hiburan menyatakan yang dia tidak merestui sekiranya Iqbal mahu mengahwini ibunya.

Sementara itu, Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi DSV berkata, dia memahami perasaan Cik B yang enggan ibunya itu berkahwin.

Malah, dia juga menyatakan orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila marah sehingga tiada siapa yang berani mendekatinya.

“Saya faham perasaan Cik B marah jiga ibunya berkahwin. Oleh kerana mereka melalui sejarah hidup, banyak tohmahan, tuduhan saya yang harus tanggung walaupun jauh sekali saya tidak sama seperti pengalaman mereka.

“Orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila dia marah. Luar biasa. Tiada siapa berani untuk masuk dekat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button