HiburanSelebriti

“Kain Langsir Saja RM100,000 Saya Habiskan, Makanan Kucing RM6,000 Sebulan” – Difitnah Gilakan Harta Dato Seri Vida, Iqbal Dedahkan Harta Miliknya

Gara-gara difitnah kerana gilakan harta untuk mengahwini Dato Seri Vida, usahawan Iqbal Zulkefli akhirnya telah menunjukkan harta dan perbelanjaannya kepada umum.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Iqbal menyatakan dia menujukkan harta dan perbelanjaannya itu kerana fitnah yang melampau terhadap dirinya.

“Kain langsir saja RM100,000 saya habiskan. Makanan kucing sahaja RM6,000 sebulan saya bagi. Jangan ingat saya tak tayang harta bermakna saya tidak punya. Memfitnah jangan melampau.

“Saya tidak suka show off pembelian saya kerana bagi saya kepuasan adalah untuk diri sendiri, bukan bertujuan untuk ditayangkan. Tetapi setelah saya difitnah gilakan harga Dato Seri Vida, mari saya bagitau,” ujarnya.

Antara pendedahan lain yang dibuat adalah rumahnya yang berharga RM3 juta, kasut berharga lebih RM100,000 serta menghabiskan RM500,000 dalam tempoh enam bulan untuk membeli pakaian.

Pada masa sama, usahawan itu juga menolak dakwaan yang mengatakan dia merupakan anak ikan kepada Dato Seri Vida.

“Tak ada masa saya nak jadi anak ikan. Waktu duit saya RM50, orang pernah tawar saya RM1 juta pun saya tolak.

“Bukan bermaksud terlalu baik tidak punya nafsu, cuma saya ada pendirian. Kenapa perlu bayar? Ingat diri saya boleh dijual beli? Saya tahu kemampuan saya,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
2
+1
9
+1
2
+1
8
+1
8

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button