HiburanSelebriti

Hormati Perasaan Cik B & Kacak, Iqbal Reda Jika Tidak Ada Jodoh Dengan Dato Seri Vida

Setelah hubungan yang terjalin seperti berdepan kesukaran, Iqbal akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi berkeras jadikan Dato Seri Vida sebagai isteri.

Dalam satu perkongsian di Insta Story miliknya, Iqbal menyatakan bahawa keputusan itu dinuay bagi menghormati perasaan Cik B dan Kacak.

“Pertama saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Dato Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan berkeras untuk jadqkan Dato Seri Vida sebagai isteri, seandainya beliau sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan.

“Saya perlu hormatg perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah,” luahnya.

Sebelum ini, Cik B dilihat menentang sekeras-kerasnya apabila ibunya itu mahu mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Iqbal pada Disember ini.

Pada masa sama, Iqbal juga menyatakan bahawa dirinya reda sekiranya dia dan Dato Seri Vida tiada jodoh dan akan tetap menyayangi usahawan berkenaan seperti biasa.

Bagaimanapun, dia menyatakan ia bukan satu langkah yang terlalu awal untuk dirinya mengalah terhadap hubungan mereka berdua.

“Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin. Saya banyak perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya.

“Saya risau di saat saya sakit, jatuh, adakah beliau sanggup ada bersama saya. Cuma satu perkara saya minta, jangan putuskan hubungan baik saya dengan Dato Seri Vida. Saya perlu jaga beliau,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
5
+1
0
+1
3
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button