Cerita ArtisHiburan

Teka-Teki Berakhir, Zizi Kirana Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Yusuf Bahrin

Teka-teki mengenai dakwaan penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin dikatakan bakal mendirikan rumah tangga akhirnya terjawab apabila pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri pada pagi tadi.

Zizi atau Fazelah @ Zizie Mad Tahil sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Upacara pernikahan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Finalis AJL 34 itu menerima mas kahwin berupa senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.

Sebaik selesai dinikahkan, pasangan pengantin meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar… kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.

“Semuanya dilakukan saat-saat akhir! Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan… doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.

“InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi dilihat anggun mengenakan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun dan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.

Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Zizi berkata dia mula mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.

“Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan… sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.

“Saya selesa berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini… hujung bulan Ogos kami rancang untuk terus berkahwin. Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama!

“Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial,” ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata, Zizi berkata dia dan Yusuf bersedia menerima zuriat dalam masa terdekat.

“Kalau ada rezeki anak, kami terima seadanya. Kalau ada dua anak pun dah cukup!

“Tiada perancangan bulan madu sebab Isnin ini saya dah bekerja macam biasa… cuma kita ada rancang untuk tunaikan umrah bersama selepas sempadan negara dibuka,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button