Cerita ArtisHiburan

Syak Bawa Lelaki Lain, Pelawak Popular Didakwa Ceroboh Rumah Bekas Teman Wanita

Seorang wanita telah membuat satu laporan polis apabila mendakwa seorang pelawak popular yang juga bekas teman lelakinya telah menceroboh rumahnya.

Menerusi laporan portal akhbar Kosmo!, seorang sumber menyatakan wanita berkenaan memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia berada seorang diri di rumah.

“Pelawak popular itu dikatakan telah masuk ke rumah wanita tersebut yang tidak berkunci selepas pembantu rumahnya keluar dan kemudian menyelongkar barang-barang rumah seperti mencari sesuatu.

“Ternyata tindakan tersebut menyebabkan wanita itu berasa tidak selesa dan terancam lalu menghalau pelawak itu keluar dari rumahnya. Malah, dia mendakwa pelawak tersebut bertindak demikian kerana mengesyaki dia membawa balik lelaki lain ke rumah berkenaan,” ujarnya.

Menurut sumber itu lagi, telah berlaku pertengkaran antara kedua-duanya sehingga mengakibatkan bunyi bising dan perbuatan mereka telah ditegur oleh jiran sebelum pelawak itu beredar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan polis ada menerima laporan daripada wanita tersebut.

Ujar beliau, kedua-dua individu terbabit dimaklumkan tidak mahu memanjangkan kes tersebut dan memilih jalan untuk berdamai.

Sebelum itu, wanita berkenaa memuat naik gambar pelawak berkenaan di Insta Story sambil meluahkan rasa rimas dengan mendakwa masih lagi diganggu oleh pelawak tersebut.

Namun begitu, gambar berkenaan sudah dipadamkan selepas beberapa minit ia dimuat naik. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Kosmo!

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button