Cerita ArtisHiburan

Penyanyi Hip Hop Terkenal Dunia Snoop Dogg Puji Usaha Yang Dilakukan Joe Flizzow & Def Jam, Tak Sabar Ingin Bertemu Di Malaysia

Buat pengikut tegar dunia hip hop tempatan pastinya masih mengingati bahawa satu ketika dulu Joe Flizzow pernah  berpeluang berduet bersama salah satu ikon hip hop antarabangsa iaitu Warren G.

Kini, setelah hampir 20 tahun kemudian, Joe Flizzow sekali lagi berjaya mencuri perhatian seorang lagi tokoh dunia hip hop Barat yang terkenal iaitu Snoop Dogg. 

Snoop Dogg atau nama sebenarnya, Calvin Cordozar Broadus Jr, sempat memuji usaha Joe Flizzow dalam memperkasakan muzik hip hop tanah air dengan penubuhan rancangan 16 Baris yang diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Rancangan 16 Baris direalisasikan sebagai satu pentas demi mencari bintang hip hop terbaru Asia Tenggara. Ia menampilkan bakat baharu dunia hip hop dari rantau Asia Tenggara khasnya dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Ternyata aksi penyanyi rap terkemuka dunia itu menonton episod 16 Baris di laman YouTube telah dikongsi oleh bintang tersohor itu lewat wadah Insta Story di platform Instagram.

Lebih istimewa lagi, adegan itu turut dikongsi oleh Joe sendiri dengan penuh kegembiraan apabila dia mengadakan panggilan maya lewat platform Zoom bersama penyanyi rap tersohor tersebut.

Semasa mengadakan sesi temu bual itu Snoop turut mengatakan beliau tidak sabar untuk bertemu Joe serta rakan-rakan di Malaysia dan menghadiahkan rantai.

Sejak menyertai keluarga Def Jam Recordings melalui penubuhan Def Jam Southeast Asia (SEA), usaha Joe dalam menerajui label hip hop tersohor dunia itu semakin menyerlah dan pertemuan bersama Snoop Dogg ini menunjukkan kemajuan yang semakin gah.

Jelas terbukti bahawa pihak Def Jam SEA di Asia Tenggara akan bekerjasama dengan lebih dekat bersama pasukan Def Jam di Amerika Syarikat.

Sehingga kini Def Jam SEA membariskan ramai nama-nama besar seperti Joe Flizzow dari Malaysia, Daboyway dari Thailand, Yung Raja, Fariz Jabba dan ALYPH dari Singapura, serta A.Nayaka dari Indonesia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button