HiburanSelebriti

Aliff Syukri Luah Rasa Sedih Tidak Dapat Melawat Neneknya Yang Kini Sedang Kritikal Di Hospital

Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila tidak dibenarkan untuk melawat neneknya, Aminah Satar yang kini sedang nazak di hospital.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, beliau turut berkongsi video yang menampilkannya dirinya menangis sambil mendengar kata-kata ibunya, Rozita Ibrahim.

“Kenapa kami tak boleh lawat nenek, dari jauh datang nak tengok nenek… tapi tak boleh masuk… sebab keadaan covid ni banyak perkara yang perlu dipatuhi.

“Walau tak dapat masuk pun Syukri syukur dapat dekat dengan nenek, mak @bondarozitaibrahim dan wife saya @shahidadherbs,” ujarnya.

Jelas Aliff lagi, neneknya itu merupakan antara insan yang selalu berada di samping dirinya ketika kecil serta sewaktu dia senang dan susah.

“Nenek selalu ada dengan Syukri masa syukri kecil, Syukri susah dan senang nenek la saksi segalanya… kalau ada apa-apa nenek la orang pertama Syukri cari dulu… Doktor kata keadaan nenek 50~50…nenek kritikal…Doktor kata kena doa banyak-banyak.

“Syukri kalau ikut nak bawa nenek ke hospital di KL atau selangor utk mudah syukri dan mak tgk nenek…tapi syukri akur keadaan nenek sangat kritikal dan bahaya jika lalui perjalanan panjang…lagipun di sini ada Dr pakar yg pantau nenek…

“Doakan semua yang nenek saya Hajah Aminah Bt Satar kembali sembuh… saya tak sanggup nak lalui detik kehilangan nenek lagi selepas abah saya kembali ke penciptanya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button