Cerita ArtisHiburan

Andi Bernadee Maklumkan ‘Kawan Rapat’ Yang Tipu Duitnya Sebanyak RM70,000 Telah Ditahan Reman Pada Minggu Lalu

Penyanyi popular, Andi Bernadee memaklumkan bahawa seorang individu ‘kawan rapat’ yang telah menipu duitnya baru-baru ini telah pun ditahan reman.

Andi berkata, individu berkenaan ditahan reman selama tiga hari pada minggu lalu dan kes tersebut masih lagi dalam peringkat siasatan.

“Suspek dah direman selama tiga hari pada minggu lalu. Mengenai wang yang ditipu itu pula, saya anggap ia bukan rezeki saya.

“Bagi saya duit itu boleh dicari, tetapi saya bersyukur perkara ni terjadi kat saya lebih awal sebelum saya dapat job lain yang lebih besar. Saya terima seadanya,” jelasnya.

Andi berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual bersama barisan pelakon drama Perisik Cinta Tak Diundang yang berlangsung semalam.

Sebelum ini, Andi Bernadee membuat laporan polis terhadap seorang individu yang juga ‘kawan rapatnya’ kerana didakwa pecah amanah membabitkan wang bernilai RM70,000.

Pelakon berkenaan mula mengenali individu tersebut pada tahun 2019 dan kemudian dia menguruskan segala urusan mengenai perjalanan seninya.

Andi juga menyatakan wang untuk lakonannya dalam drama berkenaan juga adalah antara yang telah ditipu oleh individu tersebut serta beberapa projek yang lain.

“Dulu saya mudah percaya dekat orang. Cara saya kenal dia pun based on atas rasa simpati yang saya beri kepadanya sebab dia ni ada yatim.

“Mungkin disebabkan rasa simpati terhadapnya itu membuatkan dia ambil kesempatan terhadap diri saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai lakonannya dalam drama berkenaan, Andi berkata dia memegang watak sebagai Niyaz Aqasha yang jatuh cinta dengan seorang cef, Medina Mikayla lakonan Shiha Zikir.

Ujar Andi, dia sendiri tidak menyangka apabila diberi tawaran untuk memegang watak utama dalam sebuah drama memandangkan dia lebih dikenali ramai sebagai seorang penyanyi.

“Pada mulanya, ketika ditawarkan saya ingatkan hanya bawa watak pembantu sahaja. Saya agak terkejut juga apabila dapat pegang watak utama.

“Apa pun saya banyak berterima kasih kepada pengarah, Azmi Hatta yang banyak membimbing saya di set penggambaran,” ujarnya.

Drama Perisik Cinta Tak Diundang mula ditayangkan pada 21 September lalu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button