Cerita ArtisHiburan

Izreen Azminda Selamat Melahirkan Cahaya Mata Lelaki

Pelakon Izreen Azminda akhirnya telah berjaya melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada pagi semalam.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan pelakon berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar sebahagian cahaya matanya itu.

“Syukur alhamdulillah.. lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami..

“Terima kasih buat semua yg mendoakan mama dan baby… 21/9/21.. 9.06AM, ” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporan bahawa pelakon berkenaan memaklumkan dia perlu bersalin secara pembedahan memandangkan dua anaknya sebelum ini turut dilahirkan menerusi pembedahan.

Anak ketiga ini adalah anak kedua hasil perkahwinannya dengan suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017. 

Perkahwinan pasangan tersebut telah dikurniakan cahaya mata, Aaron Ibrahim, 2, manakala perkahwinan pertama Izreen dengan bekas suami, Muhammad Riza Baharudin dikurniakan seorang anak iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lapan tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button