Cerita ArtisHiburan

Lagu Ghosting Tampilkan Perspektif Ben Utomo Tentang Isu Percintaan Anak Muda Yang Merumitkan

Kisah percintaan anak muda yang rumit dan dinamik ternyata telah menarik untuk diterokai dan dijadikan inspirasi untuk karya seni oleh Ben Utomo. 

Tidak lama selepas melancarkan album INDO KID pada April 2021 yang lalu, menjelang akhir Ben sekali lagi bakal melancarkan single terbaru dengan tema romantik berjudul Ghosting dengan menampilkan dua rakannya, Benny Fasak dan Si Pattra.

“Walaupun saya agak baru juga melancarkan album INDO KID, namun saya merasakan sekarang adalah masa yang tepat untuk melancarkan satu lagi single baru.

“Inspirasi untuk tema lagu ini sebenarnya adalah kisah cinta yang mungkin dialami oleh ramai orang. Ketika kita merasa selesa dengan seseorang, tetapi orang itu sebenarnya bukan sahaja memberikan harapan palsu, malah hilang begitu saja. Inilah intipati lagu ‘Ghosting’.

“Jika anda dengar, dalam bait pertama saya bercakap tentang hubungan mesra dengan seorang wanita, tetapi tiba-tiba dia menghilang. Semasa di bait kedua, saya pula yang menghilang. 

“Saya yakin ini adalah sesuatu yang mungkin biasa dialami oleh ramai anak muda di masa kini. Saya harap pendengar akan dapat mengaitkan perspektif cerita yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini,” jelasnya.

Tidak hanya tampil secara solo, untuk lagu ini Ben bekerjasama dengan dua kolaborator, iaitu Benny Fasak dan Si Pattra untuk membantunya menyampaikan naratif dengan lebih berkesan. 

Bercakap mengenai kisah di sebalik kolaborasi itu, Ben berkata, “Sebenarnya kedua-duanya adalah rakan saya. Pada masa itu, kami semua berada di rumah saya melepak bersama. Ketika melepak itulah lahirnya idea untuk membuat lagu bersama.”

“Mengambil kedudukan masing-masing, iaitu Benny dan Pattra sebagai penyanyi sementara Ben sebagai rapper, ada sesuatu yang menarik di sebalik penghasilan lagu ini. 

“Prosesnya agak mudah dan tidak menghadapi apa-apa halangan. “Produksi dilakukan ketika kami sedang melepak bersama. Kami berjaya mencipta lagu tersebut pada waktu itu. Dari proses penulisan hingga penyusunan lagu hanya memakan masa sekitar satu jam. Proses yang memakan masa hanya pada bahagian mixing dan mastering,” katanya lagi.

Lagu tersebut yang disiapkan hanya dalam beberapa minit membuktikan bakat, etika kerja, dan kesungguhan Ben dalam kerjanya. 

Selaras dengan itu, Ben menjelaskan bahawa dia sedang sibuk menyusun lagu untuk projeknya yang akan datang dengan menampilkan beberapa bintang undangan yang tentunya masih dirahsiakan identiti mereka, tetapi pasti akan menjadi sesuatu yang tidak kurang istimewa daripada Ghosting. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button