Cerita ArtisHiburan

Almy Nadia Dedahkan Fizz Fairuz Alami Sakit Misteri Setelah Terlibat Dalam Penggambaran Sebuah Drama Seram

Pelakon popular, Datin Almy Nadia memaklumkan bahawa suaminya, Datuk Fizz Fairuz telah mengalami sakit misteri setelah terlibat dalam penggambaran sebuah drama.

Menerusi perkongsian di Insta Story, masih terdapat beberapa kesan yang dilalui suaminya itu, meskipun sudah pergi berubat.

“Akibat lama PKP, nak sangat shooting, sekali shooting, terbawa balik apa benda entah. Nahh ambil… dilanda sakit misteri. Lepas tu walaupun dah berubat bukan terus baik yer.

“Until sekarang masih termenung, moody, kurang bercakap dengan isteri dan anak-anak. Sampai isteri menangis tak ada orang tahu, sebab sedih tengok suami dia sakit,” ujarnya.

Almy berkata, kesan yang dialami Fizz ketika mengalami sakit misteri berkenaan antara seperti moody, kurang bercakap dan masih termenung.

Ujarnya, biarpun sudah pergi berubat, suaminya itu juga telah diserang gastrik gara-gara tidak makan dan minum selama dua minggu.

“Entahlah nak cakap apa pun entah. Rumah jadi sunyi sepi sebab suami kami tak macam dulu. Dari seorang yang ceria, happy sampailah sekarang moody jadi kurang bercakap baik dengan isteri ataupun dengan anak-anak.

“Now masih menderita lagi sakit gastrik nak buangkan asid yang banyak dalam perut tu, tapi masih ja termenung diam ja, kurang bercakap. Sedih hampa tau… sedih,” luahnya lagi.

Jelasnya, ketika ini suaminya itu sudah pergi berubat dengan abang ipar serta ustaz tempatnya shooting drama berkenaan.

“As wife cuba kuat cuba bebe; tapi aku sendiri mati akal tengok dia sakit, termenung, kurang dah buat laka bodoh dia, kurang semuanya.

“Nak masuk dua malam aku nangis sebab sedih.. tapi cuba tak nak tunjuk sedih tu. Harap semua doakan en suami kami cepat sembuh,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
3
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button