Cerita ArtisHiburan

Tampil Dalam ATNMY, Bael0n Mahu Buka Jalan Agar Golongan ‘Plus Size’ Jadi Lebih Berkeyakinan Diri

Penyanyi dan peserta All Together Now Malaysia (ATNMY) minggu kedua, Bael0n mahu menjadikan penampilannya dalam program itu sebagai batu platform memperkenalkan lagi dirinya dalam industri hiburan.

Pemilik nama sebenar Nabil Izwan Norsaiful Adlan berkata, dia juga mahu membuka jalan agar golongan ‘plus size’ sepertinya membina keyakinan diri.

“Secara jujurnya, matlamat saya menyertai ATNMY adalah untuk orang terima saya seadanya dan juga untuk mencipta nama dalam industri.

“Saya mahu mewarnai dan memeriahkan lagi industri muzik Malaysia supaya orang plus size macam saya akan lebih mendapat tempat, agar mereka dapat bina keyakinan diri,” katanya.

Kata Bael0n yang terlibat dalam bidang tarian sebelum ini, dia akan terus menari dan menyanyi, tanpa melebihkan salah satu daripadanya.

“Saya bukanlah seorang penari tapi saya suka menari, untuk bidang nyanyian, Alhamdulillah saya sekarang sudah bergelar penyanyi.

“Saya tak akan lebihkan mana-mana, saya akan menyanyi dan menari, dua-dua sekali memang tak boleh tinggal,” katanya.

Akui dirinya yang masih baru memasuki industri hiburan, Bael0n percaya setiap penyanyi mempunyai gaya tersendiri. Justeru, dia akan berusaha mencipta identiti agar diminati ramai.

“Sebagai pendatang baru, memanglah mencabar untuk saya, tapi setiap penyanyi ada genre dan gaya tersendiri, dari situlah saya boleh hasilkan identiti sendiri agar orang menyokong saya.

“Saya rasa saya seorang penghibur yang mampu memukau penonton dengan aura saya, saya juga ada kemahiran menari, semoga orang boleh menerima saya seadanya,” katanya menutup bicara.

Terdahulu, Bael0n yang bernaung di bawah label Sony Music Entertainment Malaysia pernah tampil dengan single Gedik dan nyanyian semula lagu Amelina berjudul Rindu.

Februari tahun lalu, Bael0n juga pernah tampil menari di pentas persembahan Wani Kayrie & Delitz bersama Afieq Syazwan di konsert akhir program tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button