PopularViral

Sebelum Jadi Pendakwah, Firdaus Wong Seorang Pemain Bola Sepak & Pernah Mewakili Skuad Kebangsaan

Tidak dinafikan nama pendakwah Firdaus Wong kini antara yang menjadi seorang sebutan berhubung dengan pendedahahan kisah gangguan seksual melibatkan seorang individu terkenal.

Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum memeluk agama Islam dan menjadi pendakwah, Firdaus sebenarnya merupakan seorang pemain bola sepak.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Firdaus menerusi saluran telegram miliknya sambil menunjukkan pas pemain ketika mewakili skuad kebangsaan dalam sebuah kejohanan.

“Ini sahaja jadi kenangan diberikan peluang mewakili skuad bolasepak kebangsaan Bawah 20 Tahun dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun pada 2002 apatahlagi satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam pasukan.

“Masa itu masih belum Islam. Antara player yang saya masih ingat dalam skuad ialah Safee Sali, Fadzli Saari, Sani Anuar Kamsani. Jurulatih kami pada waktu itu ialah Jorvan Vieira dari Brazil dibantu oleh Coach Lim Chuan Chin,” ujarnya yang ketika dikenali dengan nama Wong Wai Hung.

Firdaus Wong berkata, ia merupakan kali kedua dia mewakili skuad kebangsaan selepas mewakili skuad bawah 17 tahun pada 1998 untuk kelayakan Piala Asia bawah 17 tahun di Myanmar.

Selain itu, dia turut berkongsi tentang pembabitanya dalam Kejohanan Piala Nike 1998 apabila mewakili pasukan Kuala Lumpur.

“Gambar ini semasa Kejohanan Piala Nike 1998 di PULAPOL. First game kami, KL belasah Sarawak. Posisi saya waktu itu adalah stopper tetapi terlibat dalam set-pieces Corner & free kick.

“Alhamdulilah score dua gol sebagai defend. Satu dari set pieces corner & satu lagi overlapping beat off side trap opponent,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button