DramaTV

Jenama ‘Gerak Khas’ Masih Kuat & Atas Permintaan Ramai, Skop Production Kini Tampil Dengan Gerak Khas Undercover

Tidak dinafikan jenama ‘Gerak Khas’ sudah cukup sinonim dengan drama kepolisian yang sehingga mampu bertahan selama 23 tahun sehinggalah berakhirnya Gerak Khas Finale pada tahun lalu.

Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam menyatakan, dengan kekuatan jenama serta atas permintaan ramai menyebabkan syarikatnya kini muncul dengan sebuah drama baharu iaitu Gerak Khas Undercover.

“Sebenarnya idea untuk menghasilkan drama terbaharu ini telah cetusan idea oleh anak saya sendiri iaitu, Syafiq Yusof dan melihat banyak idea baharu yang usulkannya.

“Biarpun ada barisan pelakon dalam Gerak Khas yang dikekalkan, di samping penampilan beberapa pelakon baharu, saya pasti terdapat perbezaan dan kelainan yang ditampilkan untuk drama Gerak Khas Undercover ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sesi sidang media bersama barisan pelakon-pelakon Gerak Khas Undercover yang berlangsung semalam.

Gerak Khas Undercover mengisahkan cabaran anggota undercover mendekati  dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas risikan dan penyamaran.

Selain mengekalkan pelakon Gerak Khas seperti Erra Fazira, Salina Saibi, C.Kumaresan dan Farid Amirul, drama berkenaan turut dibarisi pelakon antaranya Datuk Aaron Aziz, Datuk Sri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor.

Sementara itu, mengenai penggambaran drama sebanyak 30 episod itu, Yusof memberitahu ia dilakukan kira-kira dua bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 1 Jun lalu.

Ujar beliau, setakat ini sebanyak enam episod sudah siap dihasilkan dan bersedia untuk ditayangkan, manakala selebihnya penggambaran akan disambung semula.

“Selain jalan cerita yang lebih sukar untuk dihasilkan, cabaran yang dilalui pula apabila penggambaran disambung, kami perlu pastikan konti tidak lari serta memastikn fizikal pelakon seperti tubuh badan perlu diambil kira,” jelasnya.

Gerak Khas Undercover bakal bersiaranselama 30 episod di TV3 bermula pada 1 Oktober 2021, setiap hari Jumaat, pukul 10.30 malam serta turut disiarkan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button