Cerita ArtisHiburan

Mia Sara Pelik Ramai Persoalkan Dirinya Apabila Disuntik Doktor Lelaki Ketika Ambil Suntikan Vaksin

Pelakon popular Mia Sara Nasuha meluahkan rasa peliknya apabila ramai yang mempersoalkan apabila dia mendapat suntikan vaksin daripada seorang doktor lelaki.

Menerusi satu posting di akaun Twitter miliknya, untuk program vaksinasi tiada individu yang boleh menentukan siapa doktor yang akan melaksanakan tugas suntikan.

“Mengapa anda semua terlalu marah apabila doktor yang jalankan tugas menyuntik saya itu seorang lelaki? Anda pasti tahu saya tidak boleh memilih dan untuk tujuan perubatan ia bukan satu masalah (disuntik doktor lelaki).

“Disebabkan itu lika anda mahu meninggalkan sesuatu komen itu, pastikan anda perlu tahu apa yang sedang diperkatakan,” ujarnya.

Pelakon berkenaan berkata demikian setelah mendapat banyak komen yang mempersoalkan apabila dia mendapat suntikan daripada seorang doktor lelaki.

Antara komen-komen yang diberikan adalah pelakon berkenaan tidak seharusnya membenarkan doktor lelaki melakukan suntikan ke atas dirinya kerana dia seorang gadis bertudung.

Selebriti yang pernah popular dengan julukan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 16, melahirkan rasa hairan apabila ramai mempersoalkan mengapa dia berurusan dengan doktor lelaki ketika mendapatkan suntikan vaksin semalam.

Sebelum ini pelakon itu berkongsikan satu rakaman video ringkas dirinya menerima selamat menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPVM), Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor semalam – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button