Cerita ArtisHiburan

Demi Satu Juta Followers, Nam Ron Muat Naik Gambar ‘Separuh Bogel’ Di Media Sosial

Demi mahu mendapatkan sejuta followers, pelakon popular Namron telah bertindak dengan memuat Naik Gambar ‘separuh bogel’ dirinya di media sosial.

Dalam satu posting di Instagram miliknya, apa yang dilakukannya itu adalah sebagai menyahut cabaran untuk ditawarkan berlakon.

“Menyahut cabaran tv station dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang kurang 1 juta pengikut di medsos. Road to 1 million followers. *foto bugil penuh akan disiarkan sekiranya sasaran tercapai sebelum 2022.

“Kelebihan Lelaki, Kami boleh tayang dada bugil dan tidak dikatakan lucah, berbanding wanita,” tulisnya.

Difahamkan, apa yang dilakukan oleh Nam Ron itu adalah sebagai respon terhadap sebilangan stesen televisyen dan penerbit yang lebih melihat kepada jumlah pengikut di laman sosial untuk memberikan tawaran berlakon.

Ketika ini, pengikut Instagram milik pelakon berkenaan adalah sebanyak 108,000, manakala jumlah pengikut di Facebook pula adalah 51,200.

Dalam pada itu, rata-rata rakan artis dan peminat telah memberikan pelbagai respon terhadap tindakan yang dilakukan oleh Nam Ron. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button