DramaTV

Nampak Potensi & Sisi Berbeza Jadi Faktor Yusry Tawarkan Fattah Amin Berlakon Dalam Drama Ganjil

Pengarah popular, Datuk Yusry Abdul Halim menyatakan potensi dan sisi berbeza yang ada pada Fattah Amin menyebabkan dia menawarkan Fattah Amin untuk membintangi drama arahan terbaharunya iaitu Ganjil.

Yusry berkata, biarpun baru kali pertama mereka bekerjasama, namun dia melihat Fattah mampu menampilkan kelainan jika diberikan watak dan nashkah yang bersesuain.

“Berbanding dengan Diana Danielle dan Izzu Islam yang turut membintangi Ganjil, ini kali pertama saya bekerjasama dengan Fattah. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dia mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang lakonan.

“Untuk drama ini, saya cuba menonjolkan sisi berbezanya kepada penonton, namun bukan bermaksud menidakkan lakonannya sebelum ini. Cuma saya yakin Fattah dapat memberikan kelainan berbanding apa yang pernah ditonjolkannya sebelum ini,” ujarnya.

Yusry berkata demikian menerusi satu sesi sidang media secara virtual drama bersiri original Ganjil yang berlangsung baru-baru ini.

Pada masa sama, Yusry menjelaskan bawah melihat kepada prestasi Fattah sepanjang penggambaran drama tersebut, dia yakin bahawa bahawa pilihannya itu adalah tepat.

“Fattah telah membuktikan yang dia mampu untuk menjayakan watak Amry dengan baik. Tambahan pula, dia mempunyai potensi dan perlu bebaskan diri daripada watak-watak yang pernah dia jayakan sebelum ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menyatakan dua lagi pelakon iaitu Diana Danielle dan Izzue Islam juga telah memberikan yang terbaik dalam drama berkenaan.

“Sebelum ini saya dah pernah bekerja dengan Diana menerusi filem Magika. Sebagai seorang pelakon berpengalaman, dia sentiasa progresif sehingga sekarang.

“Begitu juga dengan Izzue. Beri sahaja watak apa pun, dia mampu untuk lunaskan tanggungjawab itu dengan sempurna,” ujarnya.

Drama Ganjil berkisar tentang Nabila, lakonan Diana Danielle dan Amry (Fattah Amin) yang berjumpa hanya dalam mimpi.

Sewaktu perjumpaan dalam mimpi-mimpi itu, hubungan Nabila dan Amry menjadi semakin erat dan kedua-duanya menggunakan pertembungan dalam mimpi mereka untuk menyelesaikan masalah di dunia sebenar yang mereka sedang hadapi.

GANJIL akan mula ditayangkan pada 30 September, dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober 2021. Penonton boleh menyaksikan siri ini menerusi platform penstriman Viu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button