Cerita ArtisHiburan

“Hanya Kerana SOP MKN… SOP Diskriminasi” – Nama Rita Rudaini Digugurkan Daripada Sebuah Job Yang Telah Lama Confirm Disebabkan SOP

Pelakon popular, Rita Rudaini memaklumkan bahawa namanya telah digugurkan daripada sebuah job yang sudah lama diconfirmkan gara-gara SOP MKN.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Rita turut beranggapan bahawa SOP yang tersebut dalam satu bentuk diskriminasi.

“Sekali lagi saya digugurkan dari job yang dah lama confirm… Hanya kerana ‘SOP MKN’ … SOP diskriminasi… Kenapa perlu ada swabtest lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin? Sama je dengan SOP sebelum sampainya vaksin ni.

“Semua patuh SOP kena swabtest dulu sebelum kerja… Jadi apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang vacc pun boleh jadi pembawa… Apa bezanya?” persoalnya.

Luahnya lagi, ada juga segelintir pihak yang telah menawarkan dirinya ‘vaksin tipu’ bagi memudahkannya untuk bekerja.

Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan dia telah menolak tawaran berkenaan kerana mahu mencari rezeki dengan ikhlas dan tidak mahu tipu diri sendiri dan puaskan SOP kerajaan.

“Ok bezanya memang nak paksa walaupun kata tak wajib. Bezanya sekarang msia negara diskiriminasi… yang dalam kesusahan sampai kena naikkan bendera putih, taknak pula usaha pergi cari. Yang belum vaksin ni pulak kerah usaha pergi cari rumah ke rumah.

“Ada pihak tawarkan kepada saya vaca tipu-tipu untuk senang bekerja tapi maaflah… saya mencari rezeki dengan ikhlas, saya tak perlu nak tipu diri sendiri dan orang lain hanya untuk puaskan SOP kerajaan.

Dalam pada itu, Rita juga menyatakan dia tidak berkira dengan stesen televisyen atau syarikat produksi untuk mempromosikan cerita sehingga selesai meskipun tanpa bayaran.

“Nape time promote tak ada diskriminasi? Saya buat jugak untuk memudahkan kerja orang lain. Dan sejak dari awal dulu saya berlakon saya tak pernah claim duit tol atau minyak atau parking.

“Sebab saya jadikan itu amal jariah saya, prinsip saya kerja dengan ikhlas dan amanah walaupun sikit atau banyak. Jangan berkira sebab rezeki semua dah ada bahagian masing-masing,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
17
+1
2
+1
10
+1
8

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button