Cerita ArtisHiburan

Suhaimi Saad Akui Tidak Anti Vaksin, Cuma Tak Ada Niat Untuk Ambil Vaksin & Pilih Rawatan Alternatif Lain

Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad mengakui bahawa dirinya bukanlah seorang yang anti vaksin, biarpun dilabelkan sebagai anti vaksin oleh ramai pihak.

Perkara berkenaan dinyatakan oleh Suhaimi menerusi akaun TikTok apabila ditanya oleh seorang individu sama ada dia dan isteri sudah mengambil vaksin atau sebaliknya.

“Sebenarnya soalan ini agak kelakar, satu Malaya pun dah tau kan SS ni dilabelkan sebagai anti vaksin. Walaupun sebenarnya kitaorang tak anti pun.

“Cuma kitaorang tidak memilih cara atau ikhtiar tu. Kitaorang pilih cara lain, mungkin pemakanan sunnah, homeopathy dan rawatan alternatif yang lain,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan dilabel sebagai anti vaksin, malah turut menyokong sebilangan guru yang menolak untuk mengambil vaksin Covid-19.

Jelasnya, setakat ini dia sekeluarga masih belum mengambil sebarang vaksin dan tidak berniat ke arah tersebut.

“Semuanya kita serah pada Allah, kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar, mudah-mudahan Allah telah tetapkan suatu ketetapan ataupun takdir yang terbaik,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button