Cerita ArtisHiburan

Zizi Kirana Dedah Dia Berusaha Jejak Bapanya Yang Terpisah Selama 26 Tahun Untuk Jadi Wali Perkahwinannya

Penyanyi popular, Zizi Kirana yang baru sahaja mendirikan rumah tangga mendedahkan bahawa dia telah berusaha untuk menjejak bapanya bagi menjadi wali pernikahannya.

Zizi berkata, kali terakhir dia bersama dengan bapanya adalah ketika dia berusia tiga tahun dan kemudian tidak lagi bertemu setelah kedua ibu bapanya bercerai.

“Sebenarnya ibu bapa saya sudah bercerai sejak saya berusia tiga tahun dan selepas itu kami tidak pernah bertemu lagi. Saya berusaha mencari wali, termasuk mengiklankan mengenai bapa di dada akhbar. Alhamdulillah… Allah mempermudahkan urusan saya.

“Saya juga melakukan carian di Instagram dan terjumpa nama adik-beradik lain. Apabila dimaklumkan kepada emak, dia terlebih dahulu menghubungi bapa untuk memberitahu hasrat kami. Selepas itu, barulah saya dapat bercakap dengan bapa,” jelasnya.

Zizi berkata demikian dalam temubual menerusi IG Live anjuran Nurflixtv bertajuk Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan baru-baru.

Menurutnya lagi, meskipun mereka hanya berhubung melalui panggilan telefon, namun bapa memberikan kerjasama sangat baik dan semua dokumen penting untuk pernikahan saya dan Yusuf dihantar melalui kaedah kurier.

“Saya juga telah merancang membawa suami berjumpa dengan bapa apabila kebenaran merentas negeri dibuka,” jelasnya.

Sebelum ini, Zizi membuat kejutan apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pelakon Yusuf Bahrin, meskipun hanya berkenalan selama dua bulan. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button