Cerita ArtisHiburan

Impian Meerqeen Mahu Bergelar Penyanyi Jadi Kenyataan Dengan Munculnya Single Sulung Menunggu

Sejak muncul pemenang nombor tiga dalam pertandingan Hero Remaja 2019/2020, ternyata nama Meerqeen semakin dikenali ramai apabila sering muncul di kaca televisyen menerusi beberapa drama yang dibintanginya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 20 tahun itu kini melangkah setapak lagi dalam bidang seni apabila bergelar penyanyi dengan kemunculan single sulungnya iaitu Menunggu.

“Sebenarnya sebelum bergelar seorang artis lagi, memang impian saya mahu menjadi seorang penyanyi. Cuma selepas menyertai Hero Remaja, rezeki lakonan lebih berpihak kepada saya.

“Bagaimanapun, saya kini gembira dengan lahirnya single sulung saya iaitu Menunggu dan impian mahu menjadi penyanyi kini tercapai,” ujarnya.

Meerqeen berkata demikian semasa sesi sidang media pelancaran single Menunggu yang berlangsung baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai Menunggu, Merqeen memberitahu lagu yang diperdengarkan secara rasmi pada 1 Oktober lalu adalah hasil ciptaan komposer muda, Aliff Iskandar.

Jelasnya, saat mendengarkan lagu ini buat kali pertama, ada sesuatu yang menarik perhatiannya sehingga bersetuju untuk merakamkan lagu berkenaan.

“Memang saya gembira dalam masa yang sama gugup memperdengarkan Menunggu kepada semua. Lagu ini saya anggap sebagai kejutan kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya sejak awal.

“Sudah tentu sokongan orang sekeliling membuatkan saya bersemangat merakamkan ini. Harapnya semua akan menerima lagu ini dan itu akan memberikan semangat kepada saya,” jelasnya.

Mengenai perancangannya pula, Merqeen mengatakan buat masa ini dia mahu menunggu maklum balas daripada pendengar terhadap lagu tersebut.

“Jika ada rezeki, InsyaAllah saya akan terus merakamkan lagu lain tetapi fokus utama tetap kepada bidang lakonan,” katanya yang baharu sahaja keluar dengan filem Klaster di saluran Netflix. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button