Cerita ArtisHiburan

Sudah Mula Selesa & Sayang Bergelar Pengacara, Nabila Huda Jelaskan Kariernya Masih Terus Kekal Seorang Pelakon

Sejak bergelar pengacara Melodi, tidak dinafikan terdapat banyak maklum balas positif yang diterima Nabila Huda daripada penonton rancangan hiburan berkenaan.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Nabila mengakui dia juga sudah selesa dengan rutin mingguan berkenaan, namun menjelaskan kariernya masih lagi kekal sebagai seorang pelakon.

“To be honest, abil dah agak selesa dengan routine weekly ni. Dah mula sayang. Kalau dah sayang tu bahaya tau! Kite jenis kalau sayang, kite lagi bertambah all out.

“Apa-apa pun,abil just nak korang tahu,mengacara bukan bidang utama abil. Proffesion abil tetap seorang pelakon and it will never change,” ujarnya.

Sebelum ini, Nabila telah dipilih sebagai pengacara rancangan Melodi apabila menggantikan pengacara sebelumnya iaitu Awal Ashaari dan Janna Nick.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga menyatakan dia memang suka mencuba sesuatu yang baru untuk dijadikan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“I love to explore new things untuk dijadikan unforgettable memories dalam hidup. Bila kite diberi kepercayaan,kite kena bersungguh-sungguh. Dari 1st episode until now,every week perasaan excited tu masih sama and i’ll make sure perasaan tu akan berterusan.

“Yang lagi buat semangat adalah weekly punya look and hasil tenaga dari orang-orang penting yang siap kan abil. Dari make up,rambut, styling sampai lah gambar. Semua seiring,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Nabila Huda

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button