Cerita ArtisHiburan

“Sorry, Kau Deserve Better Aku Tak Mampu Memenagi Hatimu Lagi…” – Luahan Hati Isteri Seperti Beri Bayangan Sudah Tawar Hati Dengan Shuk Sahar?

Luahan hati yang dibuat oleh isteri Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa seperti memberi bayangan dirinya seperti sudah tawar hati dengan suaminya itu.

Dalam perkongsian di Instagram, Rossa juga seperti mendedahkan bahawa Shuk juga masih berhubung dengan wanita yang dikaitkan dengannya selama ini, meskipun peluang sudah diberikan.

“Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain… tiada yang lebih zalim daripada ini. Sakit sangat… selama ni aku percaya Allah bagi aku kekuatan untuk memaafkan sebab ni cara Allah menjadikan aku kuat dan sabar untuk masa depan.

“Aku terkilan sebab aku masih mau baiki dan bertahan lagi… tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ni untuk aki maafkan lagi.. sedihhh sangat tapi bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran,” luahnya.

Ujar Rossa, selama ini juga anak-anak yang banyak memberikan kekuatan pada dirinya, meskipun dia menerima pelbagai kata-kata cacian daripada orang sekeliling.

Jelasnya, dia juga berasa terkilan kerana segala peluang yang diberikan tidak pernah dihargai, meskipun dia sudah banyak kali bersabar.

“Anak-anaklah penguatku… Aku maafkan kau sebab Akustik selalu pandang wajah-wajah kecik (anak) ni. Orang caci aku, maki aku sebab maafkan kau. Panggil aku bodoh, tak ketat sampai suami cari lain… Aku hadam ja, tapi kenapa sanggup buat lagi.

“Tiada siapa pun mau pilier perpisahan, seboleh-bolehnya si isteri ni bersabar dia pilih juga bersabar… Walaupun perit, sakit, trauma tetap juga dia tempuhi. Sayang sangat sebab peluang tu tak pernah dihargai.. mempersendakan perasaan hati yang sanggup memaafkan kamu.

“Sorry, kau deserve better aku tak mampu memenangi hatimu lagi. Kepada si dia yang juga seorang wanita, terima kasih untuk semua rasa sakit ni… Aku harap kau tak lalui rasa sakit yang aku rasa ni sebab kau takkan sanggup berdiri di sini,” luahnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
2
+1
1
+1
15
+1
10

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button