GadgetGaya Hidup

Raikan Pesta HONOR MagicBook Dengan Promosi Hanya Satu Hari Pada 10 Oktober

HONOR Malaysia akan mengadakan promosi istimewa melalui saluran dalam talian , ,,dan HONOR Experience Store seluruh negara. Pesta HONOR MagicBook pastinya membuatkan peminat teruja untuk membeli komputer riba siri HONOR MagicBook terpilih pada harga diskaun dengan hadiah percuma sehingga RM228! 

Terdapat lima pilihan ditawarkan iaitu HONOR MagicBook 15 AMD, HONOR MagicBook 14 AMD, HONOR MagicBook 15, HONOR MagicBook X 15 (versi Intel i3 & i5) serta HONOR MagicBook Pro.

Peminat yang membeli komputer riba berpeluang mendapatkan hadiah percuma seperti Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth. Pesta ini juga berlangsung serentak dengan pelancaran rasmi HONOR MagicBook 15 AMD!

Berikut senarai komputer riba dengan harga yang pastinya membuatkan peminat teruja!

Festival HONOR MagicBook

ModelHarga PasaranHarga Selepas DiskaunHadiah Percuma
HONOR MagicBook 15 AMDRM2,699RM2,499Tiada
HONOR MagicBook 14 AMD (8GB + 256GB)RM2,699TiadaBeg Galas Komputer Riba HONOR
HONOR MagicBook 14 AMD (8GB + 512GB)RM2,999TiadaBeg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth
HONOR MagicBook 15RM3,699RM3,499Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth
HONOR MagicBook X 15 (Intel i3)RM2,299TiadaBeg Galas Komputer Riba HONOR
HONOR MagicBook X 15 (Intel i5)RM2,899TiadaBeg Galas Komputer Riba HONOR dantetikus wayarlas Bluetooth
HONOR MagicBook ProRM3,599RM3,299Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth

.

HONOR MagicBook 15 AMD

HONOR MagicBook 15 AMD akan dianggap peminat sebagai jenama komputer riba yang baru. Skrin lebar 15.6 inci memberi jaminan harganya berbaloi untuk urusan kerja dan masa lapang. Pra tempah akan bermula dari 5 Oktober di Shopee HONOR Official Store. Jadi waktu terbaik untuk mendapatkannya adalah pada hari festival dengan harga selepas diskaun RM2,499 berbanding harga asal RM2,699.

A picture containing text, electronics, computer, businesscard

Description automatically generated

HONOR MagicBook 14 AMD

HONOR MagicBook 14 AMD pula didatangkan dengan Prosesor AMD Ryzen 5 5500 U terbaru, menjadikannya komputer riba ringan dengan aspek saiz kelebaran skrin 14.1 inci dan nisbah skrin ke badan 84%. Ia boleh melakukan bukaan lipatan 180 darjah untuk pembentangan kerja yang lebih selesa atau perbincangan kumpulan. Gayakan komputer riba anda dengan cara yang lebih ‘cool’. HONOR MagicBook 14 AMD juga akan dikenali sebagai komputer riba yang sesuai masuk ke dalam saiz beg pelbagai, beg tangan perempuan mahupun beg beli-belah. Kolaborasi multi-skrin memadankan HONOR 50 terbaru dengan komputer riba. Hanya dengan sentuhan mudah, fail dalam telefon pintar anda dapat diakses masuk ke dalam komputer riba. Kerja pelbagai tugas kini lebih stail!

Didatangkan dalam 2 pilihan, versi 8GB + 256GB ditawarkan pada harga RM2,699 serta pemberian Beg Galas Komputer Riba HONOR, manakala versi 8GB + 512GB dijual pada harga RM2,999 dengan pemberian Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth.

A picture containing text, electronics, computer, businesscard

Description automatically generated

HONOR MagicBook 15

Model ‘garang’ ini sering menjadi buah mulut peminat. HONOR MagicBook 15 mengekalkan reputasinya sebagai komputer riba kompak yang hebat dan prestasinya yang tiada tandingan, terima kasih kepada prosesor 11 Gen Core i5 – sesuai untuk kerja harian bagi yang bekerja dan juga pelajar. Menampilkan ciri keselesaan mata, anda tidak lagi perlu risau dengan masalah keletihan mata. Anda juga tidak perlu bimbang masalah sambungan yang lembap ketika panggilan video dengan adanya WiFi-6.

Peminat pastinya gembira dengan tawaran harga diskaun RM3,499 bagi versi 16GB + 512GB serta pemberian Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth. Tidak perlu pandang yang lain jika anda mencari ‘si garang’ dengan bajet bawah RM4,000!

A picture containing text, electronics, computer, businesscard

Description automatically generated

HONOR MagicBook X 15

Bagi pelajar, anda akan kagum dengan kebolehan HONOR MagicBook X 15! Laptop pada harga bajet ini tidak kurang hebat reputasinya, dengan ciri pengecasan pantas yang membolehkannya dibawa kemana-mana sahaja dan skrin yang memberi keselesaan mata untuk anda melayarinya ketika mengikuti kelas dalam talian selama berjam-jam.

Didatangkan dalam 2 pilihan, versi Intel i3 8GB + 256GB ditawarkan pada harga RM2,299 dengan pemberian percuma Beg Galas Komputer Riba HONOR, manakala versi Intel i5 8GB + 512GB dijual pada harga RM2,899 serta hadiah Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth. Bagi yang masih tercari-cari, kami jamin ia satu tawaran yang sukar dilepaskan!

A picture containing text, businesscard

Description automatically generated

HONOR MagicBook Pro

Tampil dengan stail baru yang lebih elegan, HONOR MagicBook Pro sesuai untuk golongan bisnes dan elit, memberi keselesaan mata, dan skrin lebih besar 16.1 inci. Terpaksa memilih untuk kerja atau keseronokan? Kenapa tidak pilih kedua-duanya sekali? HONOR MagicBook Pro turut menampilkan stail baru yang lebih baik dengan butang kuasa dengan pengimbas cap jari dan Kamera “Pop-Up” bagi keselamatan dan privasi anda.

Hadir dalam versi 16GB + 512GB dengan harga diskaun RM3,299, anda boleh membawa pulang hadiah Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth!

Semua komputer riba memiliki tanda dagangan HONOR Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland & Pengiktirafan bebas-Flicker TÜV Rheinland, menjadikan risiko mata lesu pada tahap minimum – sesuai untuk kegunaan jangka masa lama dan pelbagai urusan tanpa gangguan.

Untuk maklumat lanjut tentang festival satu hari ini, sila layari , , dan .

Mengenai HONOR

HONOR adalah penyedia peranti pintar terkemuka global yang ditubuhkan pada 2013. Kami komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua orang.

Dengan memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan, HONOR berdedikasi membangunkan teknologi yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menjangkau kemampuan penyelidikan dan pembangunan.

Pada masa sama, HONOR mahu mewujudkan dunia pintar baru bagi semua orang menerusi portfolionya yang mengetengahkan pelbagai produk inovatif. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button