HiburanSelebriti

“Dia Tinggalkan Nama Buruk And Tanpa Diberi Pilihan Aku Kena Tanggung?” – Mustika Akui Reputasi Busuk Akibat Tindakan Sajat

Adik perempuan kepada usahawan sensasi Sajat iaitu Mustika mengakui reputasi dirinya serta anak-anak busuk akibat tindakan abangnya itu.

Menerusi satu luahan di Instagram, Mustika menyatakan dia terpaksa berdepan dengan dugaan dengan perbuatan abangnya itu.

“Aku takde kene mengena dgn perbuatan Sajat. Dia tak peduli sesape, buat apa aku nk peduli setiap tindakkkan dia. Tapi dugaan bukan kecik bila aku perempuan tanggung perbuatan dia selama ni.

“Dia tingalkan nama buruk and tanpa di beri pilihan aku kene tanggung?.. Anak, reputasi busuk, and dia tak penah nk mintak maaf pada aku,” luahnya.

Pada masa sama, Mustika juga mengakui dia telah dihina oleh Sajat gara-gara memberi penjelasan kepada media, meskipun dia langsung tidak memburuk-burukkan abangnya.

“Malah dia hina aku sebab aku terangkan kat media haritu walaupun dia tahu aku tak burukkkan dia langsung.. Bnyk nye pengalaman since kes sajat ni.. media pusing semua benda janji dapat story demi content. Apa jadi hidup seseorg tu pun dorg tak peduli..

“Aku ni seorg IBU.. ada anak KANDUNG.. Kesan2 negative blh timpa anak aku pulak.. macam mana dia nak kesekolah? Kuat kah dia bila org ckp/layan/ atau perli dia atas perbuatan pakcik dia? semoga allah sentiasa kuatkan hati ini dlm setiap dugaan di beriNYA,” ujarnya.

Sebelum ini, Sajat yang menjadi pelarian untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa Malaysia kini sudah berada di Australia dan mahu memulakan kehidupan baru di negara berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button