Cerita ArtisHiburan

“Mereka Yang Berjumpa Saya Di Luar Boleh Menilai Sendiri” – Neelofa Terus Kunci Mulut Tentang Cerita Kehamilan

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa terus bertindak mengunci mulut berkenaan dakwaan yang mengatakan dirinya hamil anak sulung. 

Neelofa berkata, orang ramai terutamanya peminat boleh menilai sendiri segala perubahan pada dirinya, apatah lagi sekiranya ada yang terserempak dengannya secara bersemuka.

“Ketika ini saya sendiri masih tidak tahu bagaimana untuk menyusun kata-kata bagi perkara ini nampak elok.

“Lagipun ramai mengetahui saya baru balik dari Langkawi, malah dah ada juga beberapa artikel yang viral. Ketika di sana, saya juga berjumpa dengan ramai peminat. 

“Mereka pun nampak saya secara ‘face to face’. Jadi, mereka yang berjumpa saya di luar itu boleh menilai sendiri keadaan saya. Kalau ada yang tanya, saya hanya minta mereka mendoakan saya,” ujarnya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Meletop itu di majlis tandatangan kerjasama diantara pihak Tabung Haji dan aplikasi TheNoor.

Jelasnya, buat masa ini dia masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk memberikan sebarang pegumuman dalam masa terdekat.

“Sejujurnya, untuk saya buat pengumuman rasmi atau mengulas apa-apa isu sekali pun, saya masih belum ada sebarang perancangan. Tapi apa yang boleh saya katakan, saya amat memerlukan doa-doa anda semua.

“Saya nak bercakap lebih-lebih pun, saya masih takut lagi. Jadi, saya perlukan doa serta kata-kata positif dan baik daripada semua orang. Perkara-perkara seperti ini sememangnya amat-amat sensitif,” jelasnya.

Ujarnya, dia juga sebenarnya lebih selesa untuk mendedahkan perkara mengenai kelahiran berbanding kehamilan.

“Untuk sesetengah orang, mungkin ianya perkara biasa tapi bagi orang lain, ia sensitif. Jadi, buat mereka yang nampak saya berbeza tu, mereka boleh nilai sendiri.

“Apabila berbicara mengenai soal kehamilan atau menimang cahaya mata, kita sebenarnya lebih disarankan untuk berkongsi mengenai kelahiran daripada kehamilan itu sendiri. Lagipun apa-apa boleh terjadi sepanjang fasa tersebut. 

Terdahulu, TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) hari ini melantik The Noor sebagai rakan kembara rasmi (Official Travel Partner) menerusi majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua syarikat.

Menerusi kerjasama ini, para pengguna boleh membuat tempahan pakej-pakej umrah dan Islamic Tourism menggunakan aplikasi TheNoor.  – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
3
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button