Cerita ArtisHiburan

“Tak Habis-Habis Nak Ganggu Wife Aku Yang Dalam Pantang” – Suami Izreen Azminda Kesal Masih Ada Pihak Cuba Ganggu Rumah Tangga Mereka

Suami kepada pelakon popular iaitu Izreen Azminda iaitu Ude Wahid meluahkan rasa kesal apabila masih ada pihak yang cuba mengganggu kehidupan rumah tangga mereka.

Menerusi satu perkongsiang di Insta Story, Ude menyatakan isterinya yang kini sedang dalam pantang juga masih lagi terus diganggu.

“Sudah-sudahlah korang ni nak ganggu rumah tangga aku. Apa la yang korang tak puas hati sangat. Takleh ke tengok aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang?

“Aku tak kacau korang pun kan… tak habis-habis nak ganggu wife aku yang dalam pantang, aku tak paham betul la manusia macam ni,” luahnya.

Pada masa sama, Ude yang juga seorang pemuzik itu mahu agar dia dan keluarganya tidak lagi diganggu oleh mana-mana pihak.

“Stop la benda-benda tak berfaedah ni. Nak DM-DM maki-maki sampai hina anak-anak kami yang tak bersalah. Apa le dosa budak-budak tu dengan korang ye?

“Astaghafirullah… bertaubat la… semoga Allah ampunkan dosa kita semua…” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
4
+1
0
+1
5
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button