Cerita ArtisHiburan

Penerbit Jaja Ishak Tidak Akan Kompromi Dengan Kru Produksi & Pelakon Yang Terlibat Dengan Dadah

Penerbit Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak menegaskan dia sesekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana kru produksi atau pelakon yang terlibat dengan dadah.

Jaja berkata, pihaknya akan betul-betul memastikan kru dan artis yang dipilih itu bebas daripada dadah serta memilih mereka yang sudah biasa bekerja dengannya sebelum ini.

“Saya akan pastikan mereka yang bekerja dengan kami tidak terbabit dengan perkara yang boleh membuatkan reputasi syarikat terjejas.

“Sudah tentu kami sesekali tidak akan berkompromi dengan mereka yang ada sedemikian dan akan terus gugurkan nama mereka serta-merta,” ujarnya.

Sebelum ini, industri hiburan negara digemparkan dengan penangkapan seorang pelakon, pengarah dan penolong pengarah yang ditahan kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah di lokasi penggambaran.

Dalam pada itu, mengenai pengambilan vaksin pula, pihaknya juga hanya memilih kru dan pelakon yang sudah lengkap pengambilan vaksin.

Ujarnya, tindakan berkenaan dibuat memandangkan ia adalah syarat utama yang telah ditetapkan oleh kerajaan jika ingin menjalani penggambaran,

“Sama ada kru atau artis yang tidak mahu vaksin, itu terpulang pada mereka. Namun, kami perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan agar tidak timbul sebarang masalah.

“Malah, pihak kami juga ada menggugurkan nama beberapa kru yang berkeras tidak mahu ambil vaksin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button