Cerita ArtisHiburan

Almy Nadia Menangis Akibat Ditipu Dengan Scammer Beli Stroller Berharga RM570 Secara Dalam Talian

Hasrat pelakon Datin Almy Nadia untuk membantu satu peniaga online tidak kesampaian setelah apabila menjadi mangsa scammer.

Dalam satu perkongsian video oleh suaminya, Datuk Fizz Fairuz, kelihatan pelakon berkenaan juga mengalirkan air mata akibat kejadian tersebut.

“Tiba-tiba I nak shopping kat IG, nak suportlah konon. Sebab i explore IG. Bagi I tu macam banyak ler RM570.

“Dah ler IG dia dah block I… whats app dia tak block lagi. Ko tunggu hidup kau,” ujar Almy ketika menjawab pertanyaan suaminya itu.

Menerusi video berkenaan, Fizz juga memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat terhadap peniaga online berkenaan.

Sementara itu, Fizz juga memberi peringatan supaya orang ramai berhati-hati apabila memberi barang secara dalam talian.

“Berhati-hati klu korang beli barang online… Jangan percaya sgt, bahaya skrg… gunakan saluran yang betul atau peniaga online yg berdaftar.

“Yang ni mmg lahanat babi.. amik duit, lepas tu diam.. kalau nak minta sedekah bagitau la, jangan menipu,” tegasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button